Monday 15 September 2014

Trip repeat 2nd time memburu patin sungai dengkil

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات

Salam sejahtera, member ade blog pasal trip mancing kita pon nk jugak ade blog kikiki. Org kata sedikit sebanyak maklumat boleh dikongsi oleh pemancing yg lain, ye tak??? Hehe..

Syukur alhamdulillah semalam 15/9/2014 perancangan utk memburu patin sg dengkil dgn salah seorg officemate hafezzal menjadi. Bajet nak pergi bertiga dgn cempo, tapi atas desakan tugas beliau sebagai pegawai besar felda holding beliau telah mengcancelkan la pulak last minit.  Aku gerak dari rumah di subg jaya lps magrib ambil hafezzal di putrajaya sebelom bergerak k dengkil, perjalanan mengambil masa dalam 35 minit melalui lebuhraya elite.

Kami sampai di pekan dengkil lebih kurg jam 8.40 pm. Singgah sebentar membeli sedikit kelengkapan lampu kepala, jajan & minuman ringan. Umpan yang kami guna adelah pelbagai jenis, aku bawak adunan tepong gandum yg diuli bersama belacan dan sedikit air, memandang pengalaman zaman kecilku memancing sungai umpan ini sgt efektik utk ikan baung, puyu dll. Dlm pikiranku kalo x dpt patin, dpt baung pon da ok gak. Selain pecutan ikan patin, baung juga terkenal dikalangan pemancing sekitar sg dengkil. Selain umpan adunan yg aku juga bawak.. roti canai separuh masak, dan roti gardenia classic juga menjadi taruhan. Hafezzal pulak membawa umpan sendiri iaitu cengkerik dan roti gardenia diadun dgn perisa strawberi serta pisang.

Gambar: koordinat lokasi memancing kami

Kami mula memancing sekitar jam 9.15pm. Hafezzal menggunakan 1 joran manakala aku menggunakan 2 joran dgn perambut T dgn 2 matakail. Kawasan  tebing sungai agak gelap tetapi dilimpahi cahaya dari lampu jalan tepi sg sedikit sebanyak membantu kami. Keaadaan air sgt baik tenang dgn arus yg perlahan tetapi sedikit keruh, mungkin disebabkan hujan yg turun sejak beberapa hari lalu berbanding kali pertama kami memancing bulan lalu keadaan air sgt deras  dan kami pulang dgn tangan kosong.. sehingga jam 12am umpan bertukar silih berganti tetapi hanya getuan kecil anak2 ika  kecil mengganggu umpan kami. Memandang esok cuti sempena hari malaysia kelihatan tebing semakin rancak di hadiri oleh pemancing tegar.

Tepat jam 12.15am sedang kami rancak berbual joran hafezzal yg berumpankan roti gardenia di adun bersama perisa strawberi secara tiba2 ditarik kuat kearah sungai, hafezzal yg perasan akan jorannye beliau serta merta melompat utk mengambil joran tersebut yg sudah terjun ke dlm sungai, nasib baik joran beliau diikat bersama tali, hafezzal pula hampir2 masuk kedalam sungai dgn kaki di tebing tetapi kepala di bawah tebing sambil tangan berpaut pada rumput. Kikiki. Aku membantu beliau naik semula ke tebing, hafezzal terus mengarau mesin jorannye dlm 3 minit bermain, beliau berjaya menaikan seekor patin dlm berat lingkungan 3kg.

Gambar: sekitar tebing tempat kami memancing




Gambar: hafezzal dgn patin berat 3kg

Selepas hafezzal berjaya menaikan seekor patin, sehingga pukul jam 3.30 pagi tiada seekor ikan pun menjamah umpan yg kami tawarkan. Memandangkan hujan gerimis mula turun, kami packing barang dan terus pulang. Setelah sampai dirumah hafezzal, beliau menyerahkn ikan trsebut kepada aku sebab bini dia x mkn ikan sungai. Alhamdulilah kire rezeki aku la tu kan kikiki. Aku sampai subang jaya dlm jam 4 am. Selepas mandi teros tidoq kepenatan.

Hari ini cuti sempena hari malaysia 16/9/2014, tidak ade ape2 perancangan dibuat hanya dok umah kemas2 ape yg patut. Ikan patin hafezzal pula jadi santapan makan tghariku dimasak sambal cili padi. Ikan patin dengkil ni bersih tidak berlendir, daging tebal dan kurg berbau, ini membuktikan sg dengkil bersih dan menjadi habitat yg baik bagi ikan patin bersaiz xxl utk membiak.



Gambar: santapan mkn tghari patin masak cili padi.

7 comments:

  1. Boleh terangkn direction untuk ke sungai dengkil tu...

    ReplyDelete
  2. pkai pancang bulat bro... jgn pakai pancang 'Y' tu... pancing ceq sbatag da trjun... putih mata.. haha nk trjun skli pon takot sang bedal basaq2 situ. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu. pakai pancang y alamat terjun tiruk la joran. patin 3kilo ke atas memang sangat padu tarikan beliau. drag ketat sangat lun 2kali henjut belum sempat capai joran, dia boleh lucut

      Delete
    2. ya betul tu. pakai pancang y alamat terjun tiruk la joran. patin 3kilo ke atas memang sangat padu tarikan beliau. drag ketat sangat lun 2kali henjut belum sempat capai joran, dia boleh lucut

      Delete
  3. No Deposit Casinos with Crypto Casino - Casinowoworld
    No Deposit Casino: 인카지노 Find the best casino bonuses to play on. Our list includes no deposit and 샌즈카지노 signup งานออนไลน์ bonuses, casino games, instant deposits

    ReplyDelete
  4. Jackpot City Online Casino - Lucky Club
    Play Jackpot City Online Casino with 카지노사이트luckclub Bitcoin, Ethereum, and other cryptocurrencies at Lucky Club Casino. Sign up and claim your welcome bonus and discover +2000 exciting online

    ReplyDelete
  5. M life casino bonus codes | DMC
    A no deposit bonus can be used as a bonus for the following 서귀포 출장샵 casinos. 1. Mega Jackpot · 2. Jackpotcity 원주 출장안마 Casino · 3. SuperSlots 김제 출장샵 Casino 포항 출장샵 · 충청남도 출장마사지 4.

    ReplyDelete